PENYALAHGUNAAN BAHAN TERLARANG

 



MPU23032
PENGAJIAN ISLAM

PENYALAHGUNAAN BAHAN TERLARANG 
DALAM KALANGAN PELAJAR
IPT

NAME:
1)MOHAMMAD IKMAL BIN ROSLAN(21DDT21F1190)
2)MUHAMMAD AMRUZ ISKANDAR BIN RASIDI(21DDT21F1187)
3)MUHAMMAD SYAHIR BIN SHUZAIDI(21DDT21F1199)


MAKLUMAT
1)Pengenalan
2)Objektif Kajian
3)Definisi
4)Faktor-faktor
5)Kesan
6)Cara Mengatasi
7)Kesimpulan

1)Pengenalan
     Remaja zaman sekarang mudah dipengaruhi oleh perubahan disekeliling,tambahan lagi mereka baru belajar mengenali dunia yang penuh cabaran .Remaja merupakan harapan bagi negara untuk terus memaju dalam dunia ekonomi dan meneruskan tekad pemimpin.Namun seiring dengan kemajuan negara,terdapat juga punca yang berupaya menjatuhkan negara.Negara diserang oleh masalah dadah yang makin meluas dalam kalangan masyarakat terumatamanya para remaja mahupun daripada kalangan pelajar Insititusi Pengajian Tinggi (IPT) atau tidak terus manjadi lubuk pengedaran dadah .Penyalahgunaan bahan terlarang ini amat dirisaukan merosakkan para pelajar dalam pelajaran.Hal ini mungkin mengudang bahaya jika penyalahgunaan bahan terus bergiat dalam IPT.Isu ini juga sering terpampang dalam berita mahupun akhbar-akhbar di Malaysia .Pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak kerajaan mahupun pihak-pihak universiti bagi mencegah masalah ini terus berlaku.Ibu bapa juga turut mengambil bahagia dalam mencegah masalah ini dengan mengawasi anak-anak mereka.

2) Objektif Kajian
        Kajian ini dilakukan bagi mengenalpasti penyalahgunaan bahan terlarang dalam kalangan         pelajar IPT dengan lebih spesifik dan seimbang
  • Mengenal  definisi sebenar penyalahgunaan bahan terlarang,jenis dan cabang bahan-bahan terlarang
  • Mengenalpasti faktor-faktor penyalahgunaan bahan terlarang dalam kalangan pelajar IPT.
  • Mengenalpasti kesan-kesan penyalahgunaan bahan terlarang dalam kalangan pejalar IPT.
  • Mengenalpasti cara-cara mengatasi penyalahgunaan bahan.      
3)Definisi Penyalahgunaan Bahan Terlarang dalam Kalangan Pelajar IPT
Penyalahgunaan bahan terlarang sering dikaitkan dengan remaja terutamanya pelajar IPT.Hal ini berlaku oleh kerana beberapa faktor yang menyebabkan golongan remaja dan pelajar IPT terjerumus dalam penyalahgunaan bahan-bahan terlarang.Bahan-bahan terlarang ini meyebabkan  ketagihan kepada penggunanya dan sekaligus memudaratkan kesihatan dan keupayaan seseorang.Jadi tidak hairanlah kenapa amat berbahaya.Pada era ini,bahan-bahan terlarang amat mudah didapati oleh kerana banyak sindiket yang dijalankan di serata tempat termasuklah di dalam IPT. Sesetengah bahan terlarang dijual dengan harga yang murah dan mampu dibeli oleh pelajar.Selain itu,sesetengah bahan digunakan untuk tujuan perubatan dan disalahgunakan oleh sesetengah pihak dengan mengambilnya secara berlebihan dan seterusnya menyebabkan mereka menjadi khayal.Antara contoh-contoh penyalahgunaan bahan terlarang ialah dadah ,rokok ,daun ketum ,gam/aerosol,arak dan ubat batuk.

a)Contoh-contoh Penyalahgunaan Bahan Terlarang

    DADAH
  • Berlaku apabila seseorang mengambil bahan kimia perubatan bertentangan dengan kepentingan rawatannya.
  • Diambil dengan pembagai cara antaranya melalu sedutan,suntikan,merokok,penyerapan pada kulit,supositori iaitu memasukkan ke dalam dubur atau melarutkan di bawah lidah.
  • Contoh-contoh dadah yang popular dalam kalangan pelajar IPT;  
    • Marijuna/Ganja
    • Merthamphetamine
    • Pil Kuda
    • Ecstasy
    • Syabu / Ais
    • Kokain  
   







 ROKOK
  • Kajian mendapati 80% daripada golongan remaja dan pelajar IPT terlibat dalam kegiatan merokok.
  • Merokok adalah penggunaan bahan terlarang yang paling senang dipengaruhi dalam kalangan remaja.
  • Rokok diperbuat daripada bahan-bahan berbahay dan beracun seperti lilin,pembersih lantai,penghapus cat,bahan bakar,bahan plastic PVC dan sebagainya.
  • Rokok akan menyebabkan ketagihan dan memudaratkan kesihatan oleh kerana perokok menghidapi penyakit seperti penyakit jantung,kanser,strok dan tekanan darah tinggi.
  




  DAUN KETUM
  • Daun ketum ialah sejenis daun herba yang digunakan secara tradisional untuk merawat penyakit,tetapi ia telah disalahgunakan oleh sesetengah pihak.
  • Daun ketum disalahgunakan apabila dicampur dengan bahan seperti tembakau,alkohol,kafein,pil khayal,ubat nyamuk,ubat demam,ubat tahan sakit dan ubat batuk yang paling popular.
  • Campuran bahan-bahan kedalam air ketum ini akan menyebabkan orang yang meminumnya menjadi khayal,otak menjadi perlahan dan berhalusinasi.




    GAM/AEROSOL
  • Gam ialah sebahagian daripada dadah jenis inhalan atau pelarut.
  • Aerosol ialah penyembur yang digunakan untuk membunuh serangga.
  • Kedua-dua bahan ini mempunyai bau yang amat kuat dan mengkhayalakan.
  • Menghidu gam dan aerosol boleh menyebabkan seseorang itu menjadi resah,fikiran bercelaru,terhoyong-hayang dan sebagainya.
   



 ARAK
  • Arak diperbuat daripada perapan buah-buahan dan dicampurkan dengan alkohol.
  • Alkohol yang terkandung dalam arak ini akan menyebabkan orang yang meminumnya mabuk,berada dalam keadaan yang tidak sedar dan hilang kawalan.
  • Individu yang kerap meminum arak akan menghidapi prnyakit seperti barah hati.
  • Arak mudah didapati di mana-mana termasuklah di pasar raya dan kedai-kedai kecil.
  • Meminum arak adalah salah di sisi undang-undang negara dan akan dikenakan hukuman.
  • Di sisi agama ,arak diharamkan dan akan mendapat dosa jika meminumnya walaupon setitik.
 



   UBAT BATUK
  • Ubat batuk mengandungi bahan jenis kodein iaitu sejenis dadah.Oleh itu, jika pengambilan ubat batuk secara berlebihan akan memberi kesan narkotik.
  • Ubat batuk mudah didapati dengan harga yang murah.
  • Dadah ini sukar dibezakan dengan warna minuman lain seperti kopi,jadi sukar untuk mengenalpasti jika seseorang itu terlibat dengan pengambilan batuk secara berlebihan.Ubat batuk yang diambil secra haram(tanpa saranan doktor) akan diletakkan di dalam bungkusan minuman biasa atau botol minuman bikrbonat.
  • Ketagihan pengambilan ubat batuk secara berlebihan akan mempengaruhi mental,berasa mengantuk dan pening.
    




4)Faktor-faktor Gejala ini Berleluasa
    
     DIRI SENDIRI
  • Pelajar yang sedang melalui perkembangan fizikal dan emosi inginkan kebebasan dan hak untuk mebuat keputusan sendiri kerana tidak mahu dikongkong.
  • Pelajar mempunyai daya ingin tahu yang tinggi terutamanya tentang keadaan sekeliling atau 'tren semasa'.
  • Di usia muda mereka mementingkan hiburan dan suka mencabar diri dengan perkara baru.
    PENGARUH RAKAN
  • Rakan mengambil alih tanggungjawab ibu bapa semasa di luar rumah kerana mereka ialah orang yang paling rapat dengan pelajar.
  • Pelajar merasakan rakan adalah orang yang paling memahami situasinya kerana berkongsi masalah yang sama.
  • Pemilihan rakan yang salah akan menyebabkan pelajar terjerumus dalam isu ini kerana pelajar akan mengikut apa yang dilakukan oleh rakan untuk memperoleh kepercayaannya dan menambah kawan baru .
    PENGARUH MEDIA MASSA
  • Dalam dunia teknologi kini,pelbagai maklumat boleh diakses dihujung jari sahaja.
  • Terdapat banyak paparan yang negatif di internet seperti filem berunsurkan dadah yang sering tular sebagai video trending di Tiktok dan aplikasi lain.
  • Golongan pelajar mudah meniru dan mengikut aksi yang dilihat di sekeliling.
    KURANG DIDIKAN AGAMA
  • Ibu bapa berperanan besar dalam membentuk keperibadian seseorang pelajar dengan ilmu agama dan nilai murni terpuji.
  • Tanpa bimbingan ibubapa,pelajar tidak dapat membezakan mana yang baik dan buruk sebelum membuat sesuatu keputusan.
  • Keebanyakkan pelajar yang terlibat dalam gejala ini , kurang perhatian daripada keluarga yang menyebabkan mereka berasa tersisih.
  • Keluarga mengamalkan budaya hidup Barat.
    5)Kesan Penyalahgunaan Bahan Terlarang dalam Kalangan Pelajar IPT
    
      TERHADAP FIZIKAL
  • Dadah boleh menyebabkan mahasiswa mahupun mahasiswi mengalami perubahan tekanan darah,berpeluh,muntah,kehilangan berat badan,sakit dada dan berkemungkinan akan diserang sakit jantung yang boleh menyebabkan kematian.
  • Rokok juga boleh menyebabkan perokok mudah mendapat penyakit jantung,barah paru-paru dan masalah saluran pernafasn yang teruk.
  • Minuman alkohol boleh merosakkan sel-sel hati,mengurangkan perngeluaran hempedu,menyebabkan sirosis hati dan hepatisis.
  • Melambatkan kadar penghantaran impuls saraf dan memberi kesan kepada sistem saraf pusat.
      TERHADAP EMOSI PELAJAR IPT
  • Mahasiswa atau mahasiswi yang ketagihan bahan terlarang menunjukkan perubahan emosi yang sangat jelas,sama ada menjadi terlalu gembira,asyik ketawa,berperangai buruk atau menjadi pendiam dan tidak mahu melakukan aktiviti.
  • Apabila mengambil dadah,mereka berasa lebih yakin dan gembira,sebaliknya menjadi murung dan gelisah jika tidak mendapat bahan tersebut.Apabila keinginan untuk mendapatkan dadah tidak dapat dipenuhi akan menyebabkan berlakunya gangguan dan ketidaktenteraman jiwa dan juga mungkin akan bertindak agresif untuk menghalangkan ketagihan dadah yang sedang dialami.
  • Penyalahgunaan dadah seperti ganja memberi kesan yang kuat kepada otak sehingga menyebabkan penagih mengalami psikosis iaitu sakit mental yang teruk dan berlakunya pembunuhan.
      TERHADAP SOSIAL PELAJAR IPT
  • Pelajar IPT yang terjebak dengan penyalahgunaan dadah mereka akan mula menjauhkan diri daripada keluarga dan rakan-rakannya.Kebanyakkan mahasiswa mahupun mahasiswi akan hilang minat dan tidak memperdulikan tanggungjawab terhadap dirinya sendiri,keluarga dan masyarakat.
  • Mendorong pelajar melakukan jenayah seperti merompak,mencuri dan jenayah yang boleh menjejaskan ketenteraman masyarakat justeru menyebabkan mereka lupa maktalamat mereka di IPT.Ianya juga mengakibatkan pelajar hilang kawalan dalam pergaulan sosial dan cenderung untuk melakukan seks.
  • Boleh menyebabkan pelajar di IPT tersebut bertindak ganas dan berkemungkinan terlibat dalam pergaduhan.
    6)Cara Mengatasi Penyalahgunaan Bahan Terlarang dalam Kalangan Pelajar IPT

      MELALUI PIHAK IPT
  • Mengadakan kempen kesedaran diri tentang bahayanya pengambilan bahan terlarang di kampus-kampus dan melaksanakan pendidikan untuk mencegah dari penyalahgunaan dadah.Hal ini bertujuan untuk memberi informasi,pengetahuan serta kefahaman kepada masyarakat terutama golongan remaja tentang bahaya dadah dan kesedaran mereka.
  • Mengadakan aktiviti ko-kurikulum seperti perkhemahan motivasi supaya dapat mewujudkan kerjasama di antara pelajar.Hal ini bertujuan supaya sentiasa berganding bahu sama-sama membanteras isu penyalahgunaan dadah yang semakin berleluasa terutama di kalangan golonga remaja.

       MELALUI PERANAN IBU BAPA
  • Sentiasa memantau segala aktiviti anak-anak dan mengetahui dengan siapa anak mereka berkawan dan ibubapa juga perlu sentiasa menanyakan tentang masalah anak yang mereka hadapi dan sentiasa memberi nasihat supaya mereka tidak membuat perkara yang negatif.
  • Mendidik anak-anak dengan didikan agama yang secukupnya supaya tidak mudah terpesong dan terpengaruh dengan segala masalah sosial yang  berlaku kepada pelajar-pelajar.
  • Ibu bapa perlulah mewujudkan satu suasana harmoni dalam institusi kekeluargaan dan mengambil tahu hal-hal peribadi anak-anak walaupun mereka berjauhan bagi membantu mencegah peningkatan masalah penyalahgunaan bahan terlarang dalam kalangan pelajar IPT.

       MELALUI MEDIA MASSA
  • Media massa harus memperbanyakkan penyiaran berita-berita dan cerita-cerita yang lebih membawa keinsafan dan iktibar kepada masyarakat mengenai kesan-kesan bahan terlarang terhadap kehidupan seharian.
  • Pihak media massa boleh menunjukkan kempen-kempen kesedaran kepada orang ramai seperti program-program yang dapat menarik minat para belia untuk mengisi masa terluang bagi mengelakkan mereka terjebak dengan masalah dadah.

       MELALUI TANGGUNGJAWAB DIRI SENDIRI
  • Setiap pelajar IPT perlu bijak mengawal diri dan perlu memantapkan diri mereka dengan jati diri yang kukuh bagi menghadapi arus rintangan supaya dapat membina indentiti dan personaliti diri mereka.
  • Perhatian dan sokongan daripada pihak penting dapat membentuk keyakinan dan kekuatan diri mereka dalam menempuh kehidupan yang penuh cabaran.
  • Pelajar harus mengawasi diri sendiri dan harus memilih rakan sebaya yang baik kerana rakan sebaya mempunyai pengaruh yang besar dalam pembentukkan akhlak.
       MELALUI PERLAKSANAAN UNDANG-UNDANG
  • Tindakan undang-undang hendaklah diperketatkan dengan mengenakan hukuman yang lebih berat kepada pengedar dan penagih dadah.
  • Mengenakan hukuman gantung sampai mati kepada pengedar dadah kerana tanpa pengedar dadah ini sudah tentu penagih akan sukar memperoleh bekalan dadah.
  • Mengekan hukuman minima bagi penagih dadah jenis syabu adalah 20 tahun penjara dan 15 kali sebtan dan jika melebihi 50 gram akan dikenankan hukuman gantung sampai mati manakal kesalahan bagi memakan dadah syabu akan dijatuhkan hukuman maksima 10 tahun penjara atau kompoun RM 20 000 atau kedua-duanya sekali.

    7)Kesimpulan
        Kesimpulannya,isu penyalahgunaan bahan terlarang dalam kalangan pelajar IPT banyak memberi kesan negatif pada individu itu sendiri dan masyarakat.Para remaja seharusnya bijak menggunakan peluang yang ada pada hari ini untuk tujuan kebaikan dan bukannya menyalahgunakan kemudahan tersebut.Oleh itu, ibubapa perlu memainkan peranan penting yang utama untuk mendidik anak-anak sejak kecil lagi tentang bahayanya barang-barang terlarang seperti rokok,dadah,alkohol dan mengambil inisiatif dalam mendorong rakan yang llain untuk tidak melibatkan diri dalam isu penyalahgunaan barang-barang terlarang ini.Pada zaman ini,remaja mudah terpengaruh dan terikut-ikut dengan budaya barat yang sering mengamalkan unsur negatif dalam penggunaan bahan terlarang ini.Hal ini mendorong remaja sekarang mudah terikut-ikut walaupun mereka tahu kesan sampingan bahan tersebut yang boleh menyebabkan kematian.Oleh itu, bahan ini lebih banyak memberi kesan yang negatif berbanding positif oleh masyarakat .Akhir sekali,pihak IPT wajar mengadakan kempen kesedaran kepada para pelajar agar dapat menjauhi diri dapidapa bahan-bahan terlarang yang boleh memakan diri serta mengenakan tindakan kepada mereka yang masih berdegil dan melanggar peraturan pihak IPT.

Comments